SOLAT DI
ATAS KAPAL, KERETAPI, DAN PESAWAT
Dari Maimun bin Mahran, dari Ibnu Umar r.anhma,
dia berkata: Nabi SAW telah ditanya; Bagaimanakah cara untuk bersolat di atas
kapal? Sabda baginda SAW:
((صل قائما إلا أن تخاف الغرق))
Maksudnya: “Solatlah
dengan berdiri, kecuali jika kamu takut tenggelam.” (HR. Ad-Daruquthni, Abu Abdullah
Al-Hakimdengan syarat Bukhari dan Muslim sebagaimana yang disebut dalam Al-Muntaqa)
Dari
Abdullah bin Abi Uthbah ra, ia berkata: “Aku bersama Jabir bin Abdullah, Abu
Said Al-Khudri, dan Abu Hurairah r.anhum di atas sebuah kapal. Mereka solat
berjemaah secara berdiri dengan berimamkan seorang daripada mereka. Dan mereka
mampu untuk ke tepi laut. (Dekat dengan pantai) (HR. Said bin Mansur dalam kitabnya, Sunnah
Said b. Mansur)
Hadis diatas
secara jelas menunjukkan tentang cara solat diatas kapal/perahu. Bagi penumpang
kapal, walaupun dekat dengan pantai, ia tidak perlu mendarat untuk melakukan
solat. Tetapi memadai dengan ia solat diatas kapal dengan cara berdiri
menghadap kiblat dan rukuk serta sujud seperti biasa. Jika tidak mampu berdiri
kerana kapal terumbang-ambing akibat gelombang ombak, atau angin kencang dan
sebagainya, maka ia dibolehkan bersolat mengikut kemampuannya sama seperti yang
telah dikemukakan tentang cara solat bagi orang yang sakit. Kecuali jika
terlalu dekat dengan pantai, maka ia perlu mendarat dan solat di tepi pantai
dengan sempurna, kerana tiada keuzuran baginya.
Dan jika
sedang berada didalam keretapi, kenderaan awam, atau kapal terbang, maka kamu
bolehlah solat sekadar yang mampu kamu lakukan. Sebolehnya, lakukan
takbiratul-ihram ketika kenderaan yang dinaiki sedang berada dalam posisi
menghadap kiblat walaupun selepas itu ia berputar ke arah lain. Sekiranya tidak
mampu, dibenarkan solat sekadar yang mampu. Begitu juga dengan masalah berdiri,
rukuk, dan sujud. Hukumnya sama seperti solat orang yang sakit dan ia juga
perlu mengetahui hukum-hukum tentang bermusafir sebagaimana yang telah
diterangkan sebelum ini dengan terperinci.
No comments:
Post a Comment